Tuesday, November 3, 2015

Ayah


Aku rindu arwah ayah, aku rindu nak dgr dia bagi nasihat, rindu bebelan dia suruh pergi masjid tiap2 hari. Aku rindu belaian seorang ayah. Dulu tiap2 malam aku dgn mak sama2 urut arwah masa dia mula2 sakit. Aku rindu nak jaga dia. Aku teringat waktu aku jaga dia dkt hospital. Perasaan jaga org sakit tu sgt lain lagi2 bila org yg kita jaga tu org yg kita syg.

Aku igt lagi masa aku jaga dia, dia mintak aku naik atas katil utk peluk dia, teman dia. Aku paling risau bila dia start meracau, arwah suka sebut benda yg pelik. Bila dah mcm tu aku akan start peluk dia tenangkan dia, bacakan ayat quran.

Walau mcm mane pun aku telah tunaikan permintaan dia untuk uruskan jenazah arwah dari mandikan sampai di kebumikan. Aku belajar utk redha menerima segala ujian yg datang. Aku cuba bangkit selepas tu. Aku kuatkan semangat utk meneruskan hidup demi utk jaga mak dgn adik beradik yg lain. Sebagai anak lelaki dlm keluarga aku tahu tanggungjawab aku sgt besar. Aku cuba utk jd mcm arwah ayah yg mampu membesarkan kitorang 14 org adik beradik.

Semangat arwah ayah itu aku tanam dalam diri supaya suatu hari nanti aku mampu jd mcm dia jugak. Sampai bila2 aku akan ikut apa yg telah dia ajar sepanjang hidup aku. Aku akan mendoakan dan bahagiakan dia walaupun dia sudah tiada lagi di dunia ni.


Monday, October 5, 2015

Mak....

Tadi macam biasa sebelum mak tidur aku urut kaki mak. Tiap kali kalau aku nak urut selalu mak kata "tak payah lah urut, nanti kalau hari2 urut katanya kaki ni makin manja asyik mintak diurut je". Aku biar je ape mak cakap, aku teruskan urut macam biasa.

Aku bukannye ape, kesian tengok mak, walaupun sakit2 dia tetap buat kerja pagi2, buat sarapan, basuh pinggan, sidai baju. Aku setakat tolong mana yang mampu, lepas ni kalau aku dah sambung belajar/kerja/kahwin mesti mak takde teman nak buat kerja sama2. Aku dapat rasa kesunyian dihati mak, sementara aku ada ni aku lah yang selalu tolong mak, usik2 mak, bahan mak(kadang2 aku kena balik) hahaha.

Tapi walaupun kadang2 mak mampu bergelak ketawa dgn anak2 aku tetap dpt rasa mak sembunyikan juga kesedihan dkt hati mak. Mak mesti rindu arwah bapak. Mak tak cerita dkt org lain tp mak selalu cerita mcm2 dkt aku, yg paling penting mak tak pernah lupa pesan doakan untuk arwah.

Kalau masa dulu aku down mak yg datang bagi semangat kali ini tiba masa aku pulak, aku nak balas balik budi jasa mak sepanjang umur dia hidup dia jaga aku, kalau boleh sampai bila2 orang nak jaga mak. Semoga mak kuat.







Permulaan Baru Sekali Lagi

Masuk kali ni dah 4 kali aku buat blog aku delete balik, hampehhhh beteiiii..
ade je problem dia, nak menulis pun boleh hilang mood, aku harap lepas ni dah takde dah aku nak buat blog lagi sekali, ok lah aku nak kemas2 sikit blog ni bg cun sikit. bye bye bye