Aku bukannye ape, kesian tengok mak, walaupun sakit2 dia tetap buat kerja pagi2, buat sarapan, basuh pinggan, sidai baju. Aku setakat tolong mana yang mampu, lepas ni kalau aku dah sambung belajar/kerja/kahwin mesti mak takde teman nak buat kerja sama2. Aku dapat rasa kesunyian dihati mak, sementara aku ada ni aku lah yang selalu tolong mak, usik2 mak, bahan mak(kadang2 aku kena balik) hahaha.
Tapi walaupun kadang2 mak mampu bergelak ketawa dgn anak2 aku tetap dpt rasa mak sembunyikan juga kesedihan dkt hati mak. Mak mesti rindu arwah bapak. Mak tak cerita dkt org lain tp mak selalu cerita mcm2 dkt aku, yg paling penting mak tak pernah lupa pesan doakan untuk arwah.
Kalau masa dulu aku down mak yg datang bagi semangat kali ini tiba masa aku pulak, aku nak balas balik budi jasa mak sepanjang umur dia hidup dia jaga aku, kalau boleh sampai bila2 orang nak jaga mak. Semoga mak kuat.



No comments:
Post a Comment