Tuesday, November 3, 2015

Ayah


Aku rindu arwah ayah, aku rindu nak dgr dia bagi nasihat, rindu bebelan dia suruh pergi masjid tiap2 hari. Aku rindu belaian seorang ayah. Dulu tiap2 malam aku dgn mak sama2 urut arwah masa dia mula2 sakit. Aku rindu nak jaga dia. Aku teringat waktu aku jaga dia dkt hospital. Perasaan jaga org sakit tu sgt lain lagi2 bila org yg kita jaga tu org yg kita syg.

Aku igt lagi masa aku jaga dia, dia mintak aku naik atas katil utk peluk dia, teman dia. Aku paling risau bila dia start meracau, arwah suka sebut benda yg pelik. Bila dah mcm tu aku akan start peluk dia tenangkan dia, bacakan ayat quran.

Walau mcm mane pun aku telah tunaikan permintaan dia untuk uruskan jenazah arwah dari mandikan sampai di kebumikan. Aku belajar utk redha menerima segala ujian yg datang. Aku cuba bangkit selepas tu. Aku kuatkan semangat utk meneruskan hidup demi utk jaga mak dgn adik beradik yg lain. Sebagai anak lelaki dlm keluarga aku tahu tanggungjawab aku sgt besar. Aku cuba utk jd mcm arwah ayah yg mampu membesarkan kitorang 14 org adik beradik.

Semangat arwah ayah itu aku tanam dalam diri supaya suatu hari nanti aku mampu jd mcm dia jugak. Sampai bila2 aku akan ikut apa yg telah dia ajar sepanjang hidup aku. Aku akan mendoakan dan bahagiakan dia walaupun dia sudah tiada lagi di dunia ni.


No comments:

Post a Comment